1. Baju dan seluar baby (New Born)
Dari pandangan ramai ibu-ibu diluar menyarankan agar membeli baju baby saiz newborn ni tak banyak. Cukup dalam 4-5pasang sahaja. Atau lebih senang beli untuk keperluan 1 minggu (7pasang). Ini kerana baby yang baru dilahirkan akan cepat membesar dan ianya akan menjadi pembaziran kan. So untuk mengelak dari membazir kita boleh pilih dari saiz 3-6bulan (3m-6m). Seelok2nya baju yang dipilih adalah dari jenis kain kapas agar baby selesa dan pilihlah baju yang berlengan serta berseluar panjang untuk memberi baby kehangatan dan keselesaan yang maksimum. Selain itu baju yang dipilih seelok2nya yang berbutang di hadapan sebab ianya memudahkan pemakaian dan yang jenis bersarung akan membuatkan baby rase lemas semasa kita nk sarungkan baju tu. =)
2. Sarung tangan, kaki dan topi baby
Sarung tangan dan kaki baby ni selalunya dijual dalam 1 set dan kadang-kadang dijual dengan topi sekali. Ni memang sangat diperlukan oleh baby yang baru lahir bagi mengelakkan kaki dan tangan nye sejuk lagipun baby yang baru lahir mempunyai kuku yang agak panjang. So takut tercakar muke lebih selamat guna sarung tangan ni. Topi pula digunakan bila kita nk bawa keluar baby kite dari hospital or nk pegi klinik. Orang tua2 cakap untuk elakkan angin sebab kepala baby msih lembut lagi time ni kan.
3. Barut dan kain bedung baby
Barut |
Kain Bedung |
4. Set Tilam baby
http://hospitalbersalin.com/f5/%5Bwts%5D-set-tilam-kekabu-baby-3-set-bakul-1395/ |
5. Alas tilam getah / Pelapik tilam getah baby
Alas ni digunakan untuk melapik tilam baby selepas mandi or semasa kita nk salin lampin baby tu. Ini bagi mengelakkan bahan buangan baby kite tu terkena tilam.
6. Set Mandian baby
Pilihlah set mandian yang lembut untuk kulit baby dan pilih yang 2 in 1 (mandian dan shampoo). Selalunya set mandian akan disertakan sekali bersama bedak dan losyen untuk baby.
7. Bekas / Tab Mandi
Bukan lah satu benda wajib beli ianya bergantung kepada keperluan kemudahan semasa memandikan baby.
8. Minyak baby
Ada yang sarankan guna minyak baby yang tidak mengandungi bahan-bahan berangin takut tak sesuai untuk kulit baby. Terdapat pelbagai jenis minyak baby diluar seperti minyak telon, minyak yuyi dan minyak kelapa dara. Kegunaan minyak ini adalah untuk disapukan diperut baby bagi mengelakkan kembung perut.
9. Lampin pakai buang
Yang ni memang menjadi barang wajib beli sebab sekarang orang dah xguna kain lampin lagi kan. Terdapat dua jenis yang jenis pakai buang or jenis cloth diapers (CD) yang boleh dicuci.
10. Kelambu baby
Bagi nana boleh dikategorikan barang wajib jugak la sebab kelambu ni sebagai satu pelindung kepada baby dari serangan nyamuk atau serangga-serangga macam lalat or agas. Terdapat banyak juga pilihan dan design bergantung kepada citarasa ibu-ibu. Bagi gambar diatas didatangkan siap dengan tilam dan bantal. =)
11. Cotton Buds
12. Kapas
Kapas ni nana gunakan semasa kita nk bersihkan pusat baby.
13. Baby wipes (tisu basah)
Guna semasa nak bersihkan tutt baby dari bahan buangan dia..=)
14. Tuala Mandi baby
Jangan lupa beli tuala khas untuk baby tau. Kalau boleh yang bersaiz kecil supaya memudahkan tugas kita untuk mengelap bayi nanti.
Ok lah..buat mase ni ini sahaja keperluan baby yang nana ingat untuk disenaraikan. Jika ada yang lain nana akan update satu persatu k. Semoga jumpe lagi..Byeee..
Boleh Download Senarai Semak (Checklist) Kat Sini Ye..
http://www.ziddu.com/download/20198237/SenaraiSemak.pdf.html
Gambling - DrmCD
ReplyDeleteFor a 진주 출장샵 short time, when gambling in the United States is legal, and legal, only certain games are found. For 동해 출장안마 instance, 정읍 출장샵 casino gambling in Nevada 충주 출장샵 has Rating: 4.4 세종특별자치 출장안마 · 1,762 reviews