Thursday, August 30, 2012

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Trimester 3 
(29-40 minggu)

Minggu Ke29
Posisi bayi pada ketika ini sedang mempersiapkan dirinya seperti posisi lahir dengan kepala mengarah ke bawah. Jaringan lemak terus terbantuk di bawah lapisan kulitnya.

Minggu Ke30
Bayi mengisi hampir keseluruhan ruang didalam rahim anda. Ketika si comel menendang atau bergerak anda mungkin dapat melihat kaki atau tangannya bergerak di bawah lapisan kulit perut anda.

Minggu Ke31
Bayi semakin membesar menyebabkan ruang didalam rahim semakin sempit. Jadi pergerakannya berkurang. Mungkin ketika ini bayi anda berada didalam posisi melengkungkan badan dengan dagu didadanya serta tangan dan kakinya bersilang.

Minggu Ke32
Bayi anda berada didalam posisi kepala dibawah sampai saat lahirnya. Si comel akan tetap menendang. Pergerakan sehari adalah kira-kira 375 kali tetapi anda tidak akan merasa kesemuanya. Jika anda merasakan 10 pergerakan dlm sehari ianya sudah normal.

Minggu Ke33
Anda akan semakin dapat merasakan pergerakan kandungan anda. Ini kerana bayi anda sudah mengisi keseluruhan ruang rahim. Pergerakannya akan menjadi lebih aktif pada sesuatu ketika dan akan membuatkan anda berasa tidak selesa, terutamnya ketika kakinya di bawah tulang rusuk anda. Pada minggu ini juga bayi anda sudah mempunyai keseluruhan rambutnya.

Minggu Ke34
Semua sistem tubuhnya sudah terbentuk dengan sempurna, walaupun paru-paru masih diperingkat belum matang sepenuhnya. Bayi anda juga dapat memberi tindak balas terhadap suara-suara yang dikenalinya.

Minggu Ke35
Kepala bayi anda sudah mula memasuki bahagian pinggul anda.

Minggu Ke36
Mulai dari minggu ini bayi anda sudah mempunyai ukuran dan kematangan yang sepatutnya dan bersedia untuk menantikan saat kelahirannya. Jika bayi anda ditakdirkan lahir pada minggu ini, kelahirannya disifatkan sebagai kelahiran pra matang tetapi kedaannya baik sahaja. Pada bulan terakhir kehamilan ini juga, bayi anda mendapat antibodi daripada badan anda seperti campak. Lapisan lemak terus bertambah dibawah kulitnya setiap hari.

Minggu Ke37
Bayi anda terus berlatih untuk menggerakkan paru-parunya untuk mempersiapkan diri supaya dapat bernafas selepas dilahirkan. Jika posisi kepala bayi anda berada dibawah, kemungkinan kepalanya kini sudah memasuki bahagian pinggul anda.

Minggu Ke38
Tindak balas bayi anda sudah menjadi lebih teratur. Bayi anda juga sudah dapat mengerdipkan mata, menggerakkan kepala dan menggenggamtangan. Dia juga sudah dapat bertindak balas terhadap suara, sentuhan dan cahaya. Si comel juga sudah dapat membezakan antara gelap dan terang.

Minggu Ke39-40
Bayi anda sudah bersedia untuk dilahirkan. Bayi sudah kelihatan sangat comel sekarang disebabkan lapisan lemak yang terbentuk di bawah lapisan kulinya. Kulit bayi anda sangat halus dan lembut. Berat bayi anda adalah sekitar 207kg-3.2kg dengan panjang 50cm. Tahniah anda akan bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja!!

No comments:

Post a Comment

Lilypie Maternity tickers