Monday, August 27, 2012

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Trimester 2
(13 - 28 Minggu)

Minggu Ke13
Pada minggu ini panjang bayi adalah 7.5cm. Trakea, paru-paru, perut, hati, pankreas dan usus sudah berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara juga mulai terbentuk. Tunas gigi muncul sebanyak 20 batang gigi. Pada minggu ini juga jari tangan dan tapan tangan bayi sudah mulai kelihatan.

Minggu Ke14
Denyut jantung bayi berdetak dengan kuat (hampir 2 kali lebih cepat dari anda). Bayi juga telah boleh memberi respons terhadap dunia luar rahim ibu. Bayi juga mulai bergerak bila anda mengusap perut anda tetapi anda mungkin tidak merasainya. Pada minggu ini juga organ seks bayi sudah dapat dibezakan antara lelaki dan perempuan. Ini bermakna jantina bayi sudah dapat ditentukan pada minggu ini.

Minggu Ke15
Bayi sudah dapat mendengari anda, si comel juga sudah dapat mendengar denyut jantung anda, suara perut dan suara anda. Sekarang bayi anda sudah mempunyai rambut, bulu mata dan alisnya sudah mulai terbentuk. Berat bayi anda pada ketika ini lebih kurang 114g dengan panjang 15cm.

Minggu Ke16
Otot bayi anda berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya juga semakin aktif dan bayi anda sudah mula menghisap ibu jari, menguap, merenggangkan tubuh dan boleh menelan. Pada minggu ini juga bila anda meletakkan cahaya di perut anda, bayi anda akan menggerakkan tangan dan juga mata.

Minggu Ke17
Masih terdapat banyak ruang di dalam perut anda membolehkan bayi bergerak di sekitarnya. Kulit bayi anda akan berkembang tetapi masih nipis dan kelihatan lutsinar. Ianya kelihatan merah disebabkan salur darah yang jelas kelihatan.

Minggu Ke18
Sekarang bayi sudah boleh mendengar suara dari luar, bayi juga akan bergerak atau melompat jika mendengar suara yang keras. Otot bayi juga sudah boleh bergerak sendiri dan si comel juga sudah pandai menendang dan menumbuk. Maka anda boleh merasai putarannya untuk pertama kali pada minggu ini.

Minggu Ke19
Bayi anda sekarang sekitar 23cm. Jika anda masih belum juga merasakan pergerakan bayi anda, mungkin anda akan merasakan nya pada minggu ini.

Minggu Ke20
Otot bayi anda semakin kuat pada minggu ini, pada minggu ini anda mungkin merasa pergerakannya seperti libasan angin atau seperti letupan belon buih didalam badan. Bayi anda bergerak sekitar 200 kali sehari tetapi anda mungkin merasakan sedikit sahaja.

Minggu Ke21
Panjang bayi anda pada minggu ini sekitar 28cm. Anda akan lebih merasakan pergerakannya pada minggu ini kerana bayi anda semakin aktif.

Minggu Ke22
Tubuh bayi anda sudah mula menghasilkan sel darah putih sendiri. Ini penting untuk bayi supaya dapat melawan penyakit dan jangkitan apabila lahir kelak. Bayi anda juga berasa semakin tenang dan selesa apabila mendengar suara dan usapan anda. Perbanyakkan doa dan kawal emosi anda ketika ini.

Minggu Ke23
Pada waktu ini ukuran kepala sudah sesuai dengan tubuh. Saat ini bayi sudah kelihatan seperti dia dilahirkan nanti tetapi kecil dan kurus sedikit. Anda sudah dapat mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan stetoskop. Pertumbuhan otak juga berlaku amat pantas dalam minggu ini.

Minggu Ke24
Pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Bayi akan bergerak apabila mendengar muzik dari luar. Bayi juga sudah mula membentuk pola waktu tidur dan waktu bangun. Anda mungkin merasakan pada satu ketika pergerakannya dan waktu lain pula tidak merasakannya.

Minggu Ke25
Bayi anda sudah terlatih untuk bernafas dengan menghirup dan menghembuskan cecair amnion. Kadangkala ia akan menyebabkan bayi anda tersedu (anda juga akan dapat merasakannya)

Minggu Ke26
Pada minggu ini bayi sudah mempunyai lemak di bawah kulitnya. Ia penting untuk bayi anda supaya dapat mengawal suhu badan ketika saat kelahirannya. Panjang sekitar 28-32cm dan berat 680g.

Minggu Ke27
Mata bayi anda sudah terbuka dan dapat melihat keadaan sekelilingnya untuk pertama kali. Bayi juga akan kelihatan seperti bernafas tetapi sebenarnya dia hanya mengambil air dan bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya.

Minggu Ke28
Bagi bayi lelaki testisnya akan turun ke kantung skrotum. Jarinagn otaknya semakin berkembang. Pada minggu ini juga bayi anda sudah dapat bermimpi!!

No comments:

Post a Comment

Lilypie Maternity tickers