Thursday, August 30, 2012

Tanda-tanda Bersalin

Sebelum ini kita pernah berkongsi tanda-tanda hamil kan..so hari ini nana nk kongsi pula tanda-tanda bagi ibu yang hendak bersalin..Jom kita tengok apa tanda-tanda yang mesti kita tahu.

1. Lendir bercampur darah*
Terjadinya pengeluaran lendir bercampur darah. Ianya terjadi disebabkan sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah.

2. Air ketuban pecah*
Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar (air ketuban ailah cecair jernih, bersih dan tidak berbau)

*Note: Jika terjadi dua perkara diatas anda hendaklah segera ke hospital. Jangan lupa pakai pad tau dan mase pergi hospital tu pakai lah kain batik k. Ni nasihat kawan nana yang kerja kat Hospital Sg. Buluh.=)

3. Kontraksi yang teratur*
Kontraksi yang anda rasai pada kali ini tidak seperti kontraksi braxton hicks, dimana ia timbul secara teratur. Pada permulaannya kontraksi anda hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah lama dan bertambah kuat. Rasa sakit tidak hilang.

Note: - Ketika kontraksi anda nampak teratur, mulalah untuk menghitung waktunya. - Catatlah selang waktu antara satu kontraksi dengan kontraksi berikut dan tempoh masa kontraksi berlaku. - Kelahiran hanya akan terjadi apabila kontraksi menjadi semakin dekat (40 saat antara satu sama lain). - Bersalin buat pertama kali hanya akan terjadi 12 hingga 14 jam dan disarankan berehat dan menuggu dirumah untuk mengumpul tenaga dan bertenang untuk menghadapi waktu kelahiran. - Jadi jika kontraksi sudah berlaku setiap 5 minit sekali atau anda berasa sakit sangat, barulah anda pergi ke hospital dan jangan lupa bawa barang-barang yang anda sudah siapkan. =)

No comments:

Post a Comment

Lilypie Maternity tickers