Trimester 2
(13 - 28 Minggu)
Minggu Ke13
Pada minggu ini panjang bayi adalah 7.5cm. Trakea, paru-paru, perut, hati, pankreas dan usus sudah berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara juga mulai terbentuk. Tunas gigi muncul sebanyak 20 batang gigi. Pada minggu ini juga jari tangan dan tapan tangan bayi sudah mulai kelihatan.
Minggu Ke14
Denyut jantung bayi berdetak dengan kuat (hampir 2 kali lebih cepat dari anda). Bayi juga telah boleh memberi respons terhadap dunia luar rahim ibu. Bayi juga mulai bergerak bila anda mengusap perut anda tetapi anda mungkin tidak merasainya. Pada minggu ini juga organ seks bayi sudah dapat dibezakan antara lelaki dan perempuan. Ini bermakna jantina bayi sudah dapat ditentukan pada minggu ini.
Minggu Ke15
Bayi sudah dapat mendengari anda, si comel juga sudah dapat mendengar denyut jantung anda, suara perut dan suara anda. Sekarang bayi anda sudah mempunyai rambut, bulu mata dan alisnya sudah mulai terbentuk. Berat bayi anda pada ketika ini lebih kurang 114g dengan panjang 15cm.
Minggu Ke16
Otot bayi anda berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya juga semakin aktif dan bayi anda sudah mula menghisap ibu jari, menguap, merenggangkan tubuh dan boleh menelan. Pada minggu ini juga bila anda meletakkan cahaya di perut anda, bayi anda akan menggerakkan tangan dan juga mata.
Minggu Ke17
Masih terdapat banyak ruang di dalam perut anda membolehkan bayi bergerak di sekitarnya. Kulit bayi anda akan berkembang tetapi masih nipis dan kelihatan lutsinar. Ianya kelihatan merah disebabkan salur darah yang jelas kelihatan.
Minggu Ke18
Sekarang bayi sudah boleh mendengar suara dari luar, bayi juga akan bergerak atau melompat jika mendengar suara yang keras. Otot bayi juga sudah boleh bergerak sendiri dan si comel juga sudah pandai menendang dan menumbuk. Maka anda boleh merasai putarannya untuk pertama kali pada minggu ini.
Minggu Ke19
Bayi anda sekarang sekitar 23cm. Jika anda masih belum juga merasakan pergerakan bayi anda, mungkin anda akan merasakan nya pada minggu ini.
Minggu Ke20
Otot bayi anda semakin kuat pada minggu ini, pada minggu ini anda mungkin merasa pergerakannya seperti libasan angin atau seperti letupan belon buih didalam badan. Bayi anda bergerak sekitar 200 kali sehari tetapi anda mungkin merasakan sedikit sahaja.
Minggu Ke21
Panjang bayi anda pada minggu ini sekitar 28cm. Anda akan lebih merasakan pergerakannya pada minggu ini kerana bayi anda semakin aktif.
Minggu Ke22
Tubuh bayi anda sudah mula menghasilkan sel darah putih sendiri. Ini penting untuk bayi supaya dapat melawan penyakit dan jangkitan apabila lahir kelak. Bayi anda juga berasa semakin tenang dan selesa apabila mendengar suara dan usapan anda. Perbanyakkan doa dan kawal emosi anda ketika ini.
Minggu Ke23
Pada waktu ini ukuran kepala sudah sesuai dengan tubuh. Saat ini bayi sudah kelihatan seperti dia dilahirkan nanti tetapi kecil dan kurus sedikit. Anda sudah dapat mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan stetoskop. Pertumbuhan otak juga berlaku amat pantas dalam minggu ini.
Minggu Ke24
Pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Bayi akan bergerak apabila mendengar muzik dari luar. Bayi juga sudah mula membentuk pola waktu tidur dan waktu bangun. Anda mungkin merasakan pada satu ketika pergerakannya dan waktu lain pula tidak merasakannya.
Minggu Ke25
Bayi anda sudah terlatih untuk bernafas dengan menghirup dan menghembuskan cecair amnion. Kadangkala ia akan menyebabkan bayi anda tersedu (anda juga akan dapat merasakannya)
Minggu Ke26
Pada minggu ini bayi sudah mempunyai lemak di bawah kulitnya. Ia penting untuk bayi anda supaya dapat mengawal suhu badan ketika saat kelahirannya. Panjang sekitar 28-32cm dan berat 680g.
Minggu Ke27
Mata bayi anda sudah terbuka dan dapat melihat keadaan sekelilingnya untuk pertama kali. Bayi juga akan kelihatan seperti bernafas tetapi sebenarnya dia hanya mengambil air dan bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya.
Minggu Ke28
Bagi bayi lelaki testisnya akan turun ke kantung skrotum. Jarinagn otaknya semakin berkembang. Pada minggu ini juga bayi anda sudah dapat bermimpi!!
Monday, August 27, 2012
Saturday, August 25, 2012
Perkembangan Bayi Di Dalam Kandungan
Trimester 1
(0 - 12 minggu)
Minggu Pertama
Menstruasi anda yang terakhir sebelum kehamilan terjadi. Pendarahan terjadi dan hormon2 pada tubuh anda sedang membuat persiapan untuk melepaskan sel telur.
Minggu Kedua
Pada ketika ini dinding rahim menjadi tebal dan persiapkan untuk peringkat ovulasi (pelepasan telur)
Minggu Ketiga
Merupakan saat pelepasan telur berlaku. Kehamilan berlaku didalam minggu ini. Perkembangan sel berlaku pada saat sperma daripada pasangan anda bersenyawa dengan sel telur anda ditiub fallopia. Proses ini mengambil masa 4 hari. Sel telur yang telah disenyawakan dinamakan zigot.
Minggu Keempat
Tiba saatnya si kecil zigot untuk mencari tempat di adalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini anda tidak akan mengalami haid dan menjadi tanda pertama kemungkinan berlaku kehamilan.
Minggu Kelima
Pada Minggu ini zigot telah bertukar menjadi embrio. Saiz embrio comel anda adalah sebesar sebiji epal! Embrio telah mempunyai degupan jantung sendiri. Vesikal2 otak primer sudah terbentuk, sistem saraf juga telah berkembang, plasenta dan tali pusat sudah bekerja sepenuhnya pada minggu ini.
Minggu Keenam
Pada minggu ini anda sudah dapat mengenalpasti kepala, tangan dan anggota badan lain yang masih terbentuk seperti tunas. Pembentukan awal hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiriod dan jantung juga terjadi saat ini.
Minggu Ketujuh
Jantung bayi sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otaknya juga dapat bekerja sama untuk kali pertama. Bayi mempunyai refleksi dan dapat bergerak sendiri tetapi anda masih belum dapat rasakannya. Pada akhir minggu ini otak bayi anda sudah terbentuk lengkap.
Minggu Kelapan
Embrio sudah bersaiz 25-30mm panjang, lengan dan kaki sudah terbahagi menjadi peha, kaki tangan, lengan dan bahu. Telinga juga sudah terbentuk sempurna manakala matanya terbentuk pigman, jantungnya sudah berdegup dengan kuat dan teratur. Didalam otaknya, jaringan sarafnya sudah berhubung dengan deria penciuman dan organ seksnya sudah mulai terbentuk.
Minggu Kesembilan
Pada minggu ini embrio comel anda dikenalai sebagai fetus. Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada bayi anda sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas sudah terbentuk.
Minggu Kesepuluh
Perkembangan otak bayi anda berkembang cepat, kepalanya menjadi besar dari tubuh, tulangnya sedang menggantikan rawan, diafragma bayi sudah terbentuk untuk memisahkan jantung dan paru-paru dari perut dan perkembangan otot leher juga terjadi.
Minggu Kesebelas
Folikel-folikel rambut dan gigi bayi sudah terbentuk. Bayi anda juga sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkanya kembali (kencing). Organ seks luarnya juga terbentuk sempurna.
Minggu Keduabelas
Akhir trimester pertama organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Ukuran fetus adalah 8cm. semua organ vital bayi sudah terbentuk, otak juga sudah dapat berfungsi. Dengan signal dari otak, otot sudah dapat berfungsi dan bertindak balas. Bayi anda sudah boleh menendang pada minggu ini!!

Tip Mengatasi Morning Sickness
Terdapat beberapa tips untuk mengatasi Morning Sickness antaranya:
1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap kali
2. Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protien
3. Sewaktu bangun tidur , jangan terburu-buru bangun. Sebaiknya bangun perlahan-lahan dan jika terasa sangat mual sediakan snek disisi anda supaya anda dapat makan terlebih dahulu sebelum bangun.
4. Hindari makanan berlemak, berminyak dan pedas.
5. Minum air yang cukup jika gejala muntah menjadi-jadi. (Jus or air putih hindari minuman berkafein dan berkarbonat)
6. Minta pendapat doktor anda jika anda dapati gejala muntah semakin menjadi-jadi ketika pengambilan vitamin kehamilan.
7. Vitamin B6 sangat efektif untuk mengatasi masalah ini. Minta pendapat doktor anda.
8. Istirehat dan relax dapat membantu anda. Dengarlah muzik, membaca buku bayi atau majalah kegemaran anda.

Posisi Tidur Terbaik Ketika Hamil
Posisi yang terbaik untuk ibu-ibu hamil tidur adalah dengan mengiring ke kiri atau ke kanan. Pakar perubatan sangat menggalakkan anda tidur secara mengiring (sebaik-baiknya ke kiri) terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan kerana posisi ini dapat memastikan bayi anda mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena ceva dibahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri juga dapat membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumbuhan dengan baik. Selepas minggu ke-16 kehamilan anda tidak digalakkan untuk tidur secara telentang ini kerana anda akan meletakkan seluruh beban rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam posisi telentang juga meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejaskan sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah selain itu mempengaruhi tekanan darah.
12 Panduan atasi masalah tidur
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
2. Mandi air suam
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
4. Minum susu suam
5. Amalan tarik nafas secara teratur
6. Bersenam
7. Batal yang menyangga (Perut dan belakang)
8. Suhu bilik yang selesa
9. Katil yang selesa
10. Rutin tidur yang teratur
11. Pakaian tidur yang selesa buat ibu hamil
12. Suasana bilik tidur yang tenang dan nyaman.
Info: Majalah Pa&Ma Ogos 2012
Sunday, August 12, 2012
Barang2 keperluan baby yang patut dibeli
1. Baju dan seluar baby (New Born)
Dari pandangan ramai ibu-ibu diluar menyarankan agar membeli baju baby saiz newborn ni tak banyak. Cukup dalam 4-5pasang sahaja. Atau lebih senang beli untuk keperluan 1 minggu (7pasang). Ini kerana baby yang baru dilahirkan akan cepat membesar dan ianya akan menjadi pembaziran kan. So untuk mengelak dari membazir kita boleh pilih dari saiz 3-6bulan (3m-6m). Seelok2nya baju yang dipilih adalah dari jenis kain kapas agar baby selesa dan pilihlah baju yang berlengan serta berseluar panjang untuk memberi baby kehangatan dan keselesaan yang maksimum. Selain itu baju yang dipilih seelok2nya yang berbutang di hadapan sebab ianya memudahkan pemakaian dan yang jenis bersarung akan membuatkan baby rase lemas semasa kita nk sarungkan baju tu. =)
2. Sarung tangan, kaki dan topi baby
Sarung tangan dan kaki baby ni selalunya dijual dalam 1 set dan kadang-kadang dijual dengan topi sekali. Ni memang sangat diperlukan oleh baby yang baru lahir bagi mengelakkan kaki dan tangan nye sejuk lagipun baby yang baru lahir mempunyai kuku yang agak panjang. So takut tercakar muke lebih selamat guna sarung tangan ni. Topi pula digunakan bila kita nk bawa keluar baby kite dari hospital or nk pegi klinik. Orang tua2 cakap untuk elakkan angin sebab kepala baby msih lembut lagi time ni kan.
3. Barut dan kain bedung baby
![]() |
| Barut |
![]() |
| Kain Bedung |
4. Set Tilam baby
![]() |
| http://hospitalbersalin.com/f5/%5Bwts%5D-set-tilam-kekabu-baby-3-set-bakul-1395/ |
5. Alas tilam getah / Pelapik tilam getah baby
Alas ni digunakan untuk melapik tilam baby selepas mandi or semasa kita nk salin lampin baby tu. Ini bagi mengelakkan bahan buangan baby kite tu terkena tilam.
6. Set Mandian baby
Pilihlah set mandian yang lembut untuk kulit baby dan pilih yang 2 in 1 (mandian dan shampoo). Selalunya set mandian akan disertakan sekali bersama bedak dan losyen untuk baby.
7. Bekas / Tab Mandi
Bukan lah satu benda wajib beli ianya bergantung kepada keperluan kemudahan semasa memandikan baby.
8. Minyak baby
Ada yang sarankan guna minyak baby yang tidak mengandungi bahan-bahan berangin takut tak sesuai untuk kulit baby. Terdapat pelbagai jenis minyak baby diluar seperti minyak telon, minyak yuyi dan minyak kelapa dara. Kegunaan minyak ini adalah untuk disapukan diperut baby bagi mengelakkan kembung perut.
9. Lampin pakai buang
Yang ni memang menjadi barang wajib beli sebab sekarang orang dah xguna kain lampin lagi kan. Terdapat dua jenis yang jenis pakai buang or jenis cloth diapers (CD) yang boleh dicuci.
10. Kelambu baby
Bagi nana boleh dikategorikan barang wajib jugak la sebab kelambu ni sebagai satu pelindung kepada baby dari serangan nyamuk atau serangga-serangga macam lalat or agas. Terdapat banyak juga pilihan dan design bergantung kepada citarasa ibu-ibu. Bagi gambar diatas didatangkan siap dengan tilam dan bantal. =)
11. Cotton Buds
12. Kapas
Kapas ni nana gunakan semasa kita nk bersihkan pusat baby.
13. Baby wipes (tisu basah)
Guna semasa nak bersihkan tutt baby dari bahan buangan dia..=)
14. Tuala Mandi baby
Jangan lupa beli tuala khas untuk baby tau. Kalau boleh yang bersaiz kecil supaya memudahkan tugas kita untuk mengelap bayi nanti.
Ok lah..buat mase ni ini sahaja keperluan baby yang nana ingat untuk disenaraikan. Jika ada yang lain nana akan update satu persatu k. Semoga jumpe lagi..Byeee..
Boleh Download Senarai Semak (Checklist) Kat Sini Ye..
http://www.ziddu.com/download/20198237/SenaraiSemak.pdf.html
Thursday, August 2, 2012
Bakal Ibu Usah Abai Asid Folik
Bakal ibu usah abai asid folik
“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”
Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya.
Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?
Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?
Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk.
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip.
Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.
Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.
Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.
Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.
Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.
Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.
Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.
Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.
Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.
Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.
INFO:
Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).
Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.
Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/09
Jom Jengah Set Bersalin
Set Bersalin
Di zaman yang serba moden ni terdapat pelbagai variasi set bersalin untuk pilihan ibu-ibu di luarkan. Daripada yang jamu periuk sehinggalah tablet semuanya mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi ibu-ibu yang gemar memakan jamu secara tradisional bolehlah menggunakan jamu periuk atau jamu serbuk yang dibancuh dengan air suam..tetapi bagi yang tidak gemar akan rasanya boleh lah telan tablet je. Disini Nana ingin memberi ibu-ibu jenama-jenama set bersalin yang boleh di tinjau2 oleh ibu-ibu. Semuanya mengikut keselesaan, kemahuan dan budget masing-masing la yer..Nana asingkan kepada 3 kategori 1) Jamu 2) Homeopati 3) Tanpa Jamu
Jamu
Set Bersalin NR
Set Bersalin Lisa Formula
Set Bersalin Jamu Mak Dara
Set Bersalin Ammy (Sendayu Tinggi)
Set Bersalin Mustika Ratu
Set Bersalin Ambar Kenanga
Homeopati
Set Bersalin Era Edar
Set Bersalin As Saadah
Set Bersalin Dr. Azimuth
Tanpa Jamu dan 100% Herba
Set Bersalin Tanamera
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)