Saturday, August 25, 2012

Posisi Tidur Terbaik Ketika Hamil


Posisi yang terbaik untuk ibu-ibu hamil tidur adalah dengan mengiring ke kiri atau ke kanan. Pakar perubatan sangat menggalakkan anda tidur secara mengiring (sebaik-baiknya ke kiri) terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan kerana posisi ini dapat memastikan bayi anda mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena ceva dibahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri juga dapat membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumbuhan dengan baik. Selepas minggu ke-16 kehamilan anda tidak digalakkan untuk tidur secara telentang ini kerana anda akan meletakkan seluruh beban rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam posisi telentang juga meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejaskan sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah selain itu mempengaruhi tekanan darah. 

12 Panduan atasi masalah tidur

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
2. Mandi air suam
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
4. Minum susu suam
5. Amalan tarik nafas secara teratur
6. Bersenam
7. Batal yang menyangga (Perut dan belakang)
8. Suhu bilik yang selesa
9. Katil yang selesa
10. Rutin tidur yang teratur
11. Pakaian tidur yang selesa buat ibu hamil
12. Suasana bilik tidur yang tenang dan nyaman.

Info: Majalah Pa&Ma Ogos 2012


Sunday, August 12, 2012

Barang2 keperluan baby yang patut dibeli

Kita semue mesti rase teruja sangat-sangatkan bila kita didapati hamil. Lebih-lebih lagi yang anak sulung. Mesti kita terus terfikir mengenai barang-barang baby terutamanya baju-baju baby yang comey-comey terdapat kat pasaran tu. Sebelum ni kita just tengok orang lain beli je kan nah! sekarang kita pulak yang akan membelek baju tu untuk baby kita. So hari ni Nana nk kongsi sedikit pengetahuan mengenai barang-barang keperluan baby (new born) yang patut kita beli. Kirenya nana buatkan checklist lah untuk bakal-bakal ibu supaya semua keperluan baby dan kita tak ade yang tertinggal nanti.

1. Baju dan seluar baby (New Born)
Dari pandangan ramai ibu-ibu diluar menyarankan agar membeli baju baby saiz newborn ni tak banyak. Cukup dalam 4-5pasang sahaja. Atau lebih senang beli untuk keperluan 1 minggu (7pasang). Ini kerana baby yang baru dilahirkan akan cepat membesar dan ianya akan menjadi pembaziran kan. So untuk mengelak dari membazir kita boleh pilih dari saiz 3-6bulan (3m-6m). Seelok2nya baju yang dipilih adalah dari jenis  kain kapas agar baby selesa dan pilihlah baju yang berlengan serta berseluar panjang untuk memberi baby kehangatan dan keselesaan yang maksimum. Selain itu baju yang dipilih seelok2nya yang berbutang di hadapan sebab ianya memudahkan pemakaian dan yang jenis bersarung akan membuatkan baby rase lemas semasa kita nk sarungkan baju tu. =)

2. Sarung tangan, kaki dan topi baby

Sarung tangan dan kaki baby ni selalunya dijual dalam 1 set dan kadang-kadang dijual dengan topi sekali. Ni memang sangat diperlukan oleh baby yang baru lahir bagi mengelakkan kaki dan tangan nye sejuk lagipun baby yang baru lahir mempunyai kuku yang agak panjang. So takut tercakar muke lebih selamat guna sarung tangan ni. Topi pula digunakan bila kita nk bawa keluar baby kite dari hospital or nk pegi klinik. Orang tua2 cakap untuk elakkan angin sebab kepala baby msih lembut lagi time ni kan.

3. Barut dan kain bedung baby
Barut

Kain Bedung


Terdapat banyak pilihan di luar untuk kain barut dan bedung ni. Untuk kain barut terdapat jenis tali (tradisional) atau pun jenis zap on. Ikut kesesuaian ibu-ibu la ye. Bagi nana lebih suka yang bertali sebab lebih selesa dan boleh pakai sampai baby da besar pun. Kain bedung pulak digunakan untuk 'membungkus' baby kita untuk memberi keselesaan semasa baby kita tidur. Sebab bila kita bedung baby kita dia xkan rasa terkejut-kejut semasa tidur so baby dapat tidur lebih nyenyak. Selain tu kain bedung digunakan sebagai selimut untuk baby nanti. Juga terdapat dalam pelbagai pilihan jenih bertali, berzip or kain biasa je.

4. Set Tilam baby
http://hospitalbersalin.com/f5/%5Bwts%5D-set-tilam-kekabu-baby-3-set-bakul-1395/
Bagi set tilam pula beli lah yang selesa dan lembut untuk baby. Kalau beli yang siap bersarung tu pilihlah yang jenis kain cotton sebab dapat menyerap peluh dengan baik. Boleh tengok link yang nana sertakan tu ye.

5. Alas tilam getah / Pelapik tilam getah baby
Alas ni digunakan untuk melapik tilam baby selepas mandi or semasa kita nk salin lampin baby tu. Ini bagi mengelakkan bahan buangan baby kite tu terkena tilam.

6. Set Mandian baby
Pilihlah set mandian yang lembut untuk kulit baby dan pilih yang 2 in 1 (mandian dan shampoo). Selalunya set mandian akan disertakan sekali bersama bedak dan losyen untuk baby.

7. Bekas / Tab Mandi
Bukan lah satu benda wajib beli ianya bergantung kepada keperluan kemudahan semasa memandikan baby.

8. Minyak baby
Ada yang sarankan guna minyak baby yang tidak mengandungi bahan-bahan berangin takut tak sesuai untuk kulit baby. Terdapat pelbagai jenis minyak baby diluar seperti minyak telon, minyak yuyi dan minyak kelapa dara. Kegunaan minyak ini adalah untuk disapukan diperut baby bagi mengelakkan kembung perut.

9. Lampin pakai buang
Yang ni memang menjadi barang wajib beli sebab sekarang orang dah xguna kain lampin lagi kan. Terdapat dua jenis yang jenis pakai buang or jenis cloth diapers (CD) yang boleh dicuci.

10. Kelambu baby

Bagi nana boleh dikategorikan barang wajib jugak la sebab kelambu ni sebagai satu pelindung kepada baby dari serangan nyamuk atau serangga-serangga macam lalat or agas. Terdapat banyak juga pilihan dan design bergantung kepada citarasa ibu-ibu. Bagi gambar diatas didatangkan siap dengan tilam dan bantal. =)

11. Cotton Buds

12. Kapas
Kapas ni nana gunakan semasa kita nk bersihkan pusat baby.

13. Baby wipes (tisu basah)
Guna semasa nak bersihkan tutt baby dari bahan buangan dia..=)

14. Tuala Mandi baby
Jangan lupa beli tuala khas untuk baby tau. Kalau boleh yang bersaiz kecil supaya memudahkan tugas kita untuk mengelap bayi nanti.

Ok lah..buat mase ni ini sahaja keperluan baby yang nana ingat untuk disenaraikan. Jika ada yang lain nana akan update satu persatu k. Semoga jumpe lagi..Byeee..

Boleh Download Senarai Semak (Checklist) Kat Sini Ye..
http://www.ziddu.com/download/20198237/SenaraiSemak.pdf.html

Thursday, August 2, 2012

Bakal Ibu Usah Abai Asid Folik

Bakal ibu usah abai asid folik

SEIMBANG...makanan seimbang lengkap mengandungi semua gizi dalam piramid makanan.

“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”
Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya.
Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?

Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri. 

Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama.
Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan.

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk.

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip.

Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.

Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.

Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.

Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.
Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.


INFO:

Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

    Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.


    Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
  • Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.
  • Berkhasiat untuk kesihatan bayi.
  • Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.


    Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi. 
  • Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
  • Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.
    Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/09



  • Jom Jengah Set Bersalin



    Set Bersalin
    Di zaman yang serba moden ni terdapat pelbagai variasi set bersalin untuk pilihan ibu-ibu di luarkan. Daripada yang jamu periuk sehinggalah tablet semuanya mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi ibu-ibu yang gemar memakan jamu secara tradisional bolehlah menggunakan jamu periuk atau jamu serbuk yang dibancuh dengan air suam..tetapi bagi yang tidak gemar akan rasanya boleh lah telan tablet je. Disini Nana ingin memberi ibu-ibu jenama-jenama set bersalin yang boleh di tinjau2 oleh ibu-ibu. Semuanya mengikut keselesaan, kemahuan dan budget masing-masing la yer..Nana asingkan kepada 3 kategori 1) Jamu 2) Homeopati 3) Tanpa Jamu

    Jamu
    Set Bersalin NR

    Set Bersalin Lisa Formula

    Set Bersalin Jamu Mak Dara

    Set Bersalin Ammy (Sendayu Tinggi)

    Set Bersalin Mustika Ratu

    Set Bersalin Ambar Kenanga


    Homeopati

    Set Bersalin Era Edar



    Set Bersalin As Saadah

    Set Bersalin Dr. Azimuth

    Tanpa Jamu dan 100% Herba

    Set Bersalin Tanamera










    Friday, July 20, 2012

    CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT


    CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

    • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
    • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak
    • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit
    • Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius, namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung
    • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan
    Tanda dan Gejala Penyakit
    • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
    • Ulser di tekak dan mulut
    • Demam    
    • Sakit kepala
    • Hilang selera makan
    Langkah-langkah Pencegahan
    • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak
    • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk
    • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu
    • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil
    • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak
    • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas
    Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
    • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
    • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
    • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu
    Sumber Maklumat : Kementerian Kesihatan

    Tanda-tanda Hamil


    Antara perubahan yang boleh dirasa:

    1. Tidak datang haid atau menstuasi
    Amat penting untuk anda mengetahui hari pertama haid anda yang terakhir. Ia untuk menentukan usia kandungan anda dan perkiraan tarikh bersalin. Perlu di ingatkan disini bahawa tidak datang haid mungkin disebabkan perkara lain juga. So jumpalah doktor anda untuk pengesahan.
    Contoh: pada 29hb Jan anda datang haid maka tarikh yang patut anda ingat adalah 29hb Jan tu sbb tu la hari pertama haid terakhir anda. Jgn confius tau.

    2. Mual dan Muntah
    Berasa mual, muntah dan alahan adalah disebabkan berlakunya perubahan hormon didalam badan. Juga dikenali sebagai 'morning sickness' kerana mual dan muntah sering terjadi pada awal pagi.
    Macam nana mual2 ngn muntah ni jadi time nk gosok gigi tu..aduhaila..=)

    3. Sering buang air kecil
    ianya terjadi kerana pundi kencing anda ditekan oleh rahim yang semakin membesar.

    4. Mengidam
    Ia disebabkan oleh hormon yang berlaku dalam tubuh ibu dan menyebabkan anda menginginkan makanan-makanan tertentu.
    Nasib baik la nana tak mengidam bukan2..

    5. Perubahan saiz payudara secara drastik

    6. Puting membesar, berwarna lebih gelap dan kadangkala terasa gatal dan sakit.

    Petua Kehamilan

    Rahsia Jimak

    Doa Sebelum Berjimak


     Maksudnya: "Dengan nama Allah, ya Allah ya Tuhanku, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang bakal Engkau kurniakan kepada kami" (Al-Jami' al Sahih Muslim no. 3606)


    Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama.
    Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam pertama dan jimak suami isteri.


    Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:-

    • Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
    • Berwuduk selepas melakukan persetubuhan.
    • Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah saw.
    • Bergaul dengan isteri cara yang sopan.
    • Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
    • Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri.
    • Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin.
    • Keselesaan dalam hubungan kelamin.
    • Kesederhanaan.
    • Mensyukuri nikmat.
    • Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain.
    Info: www.resepirahsiaku.com



    "Berdasarkan hasil sebuah kajian yang dijalankan, hubungan seks sebagai penyataan kasih dalam sesuatu hubungan insani dan dapat memberikan kebaikan dari sudut kesihatan baik buat isteri mahupun suami"

    Menilai Masa Subur

    1. Menggunakan sistem kalender. Cara normal yang biasa digunakan apabila anda mempunyai kitaran menstruasi yang teratur. Sebagai contoh: Aturan haid anda selama 28 hari dan haid terakhir anda berlaku pada 1hb. Haid bulan berikutnya adalah pada 28hb. dengan demikian, waktu ovulasi anda ialah pada pertengahan waktu haid anda iaitu pada 14hb. Jadi, masa subur anada adalah sekitar 12hb hingga 16hb.
    ovulasi: pematangan dan pelepasan secara berkala folikel yang matang dan pengeluaran ovum daripada korteks ovari, terjadi lebih kurang 14 hari sebelum haid berikutnya.

    2. Menilai peningkatan suhu badan. biasanya suhu badan akan meningkat menjelang dan selepas masa ovulasi kerana pengaruh hormon progesteron.

    3. Melihat lendir rahim. Hormon estrogen berada pada tahap maksimum ketika ovulasi terjadi dan ia mempengaruhi pengeluaran lendir rahim. Menjelang proses ovulasi, biasanya lendir rahim menjadi seakan-akan benang.

    4. Alat ujian ovulasi. Alat ini boleh didapati di mana-mana farmasi dan pusat kesihatan. Alat ini mengukur tahap hormon LH(Luteinizing Hormone) yang dihasilkan pada waktu subur. Alat ini digunakan sama seperti alat ujian kehamilan tetapi harganya lebih mahal.

    Info: Dairi Hamil (Telaga Biru)

    Lilypie Maternity tickers